Sunday, February 20, 2011

TERJERAT CINTA FACEBOOK

Assalammualaikum

Hari ini aku sedih dan rasa tertipu sebab almost terjerat dengan cinta palsu

Wednesday, February 16, 2011

IniAnwarHadi---> speechless

assalammualaikummm..




heyy you..untuk menyahut seruan dan "hasutan" dari video IniAnwarHadi, saya akan menggunakan bahasa baku untuk post kali ini..dan kali yang seterusnya..(kalau saya rajin)...


kalau reka post , telah di ingatkan bahawasanya spelling tu tak payah la over the top sangat..petik dari anwar hadi blog..


iya saya personally dah terpengaruh dengan video ini dan ianya beri kesan "seronok, dua ronok, tiga ronok dan beronok-ronok..


pertemuan kami bermula....


aku melayari youtube or singkatan as what hadi mention Y.T..hihihi...one videoman..heyy ape maksud videoman? maksud videoman adelah lelaki yang publish video sendiri ke youtube...walaweii..terms apekah yang aku telah gunakan ini? kalau perempuan, it would be, videogirl..okey dah.


aku tak berape rajin nak jengah artis-artis kelahiran youtube record tu tapi di sebabkan oleh instinct yang kuat mengatakan theres something with this boy...ku teruskan jua..di tab yang baru, ku bukak la teacher shida punyer video..haaa yang teacher shida tu , aku minat..


sambung anwar hadi punye cerita,...
tak di nafikan dye mempunyai bibir yang menawan dan buat aku terus perhatikan kumat kamit bibirnya yg merah macam baru lepas tonyoh sireh..tonyoh atau sental eh? ituw tak pasti..tapi biase aku tgk tv, wan maimunah tu, dye tonyoh dan sental2 sireh tu kat gigi dye..bole ke terms tu? abaikan


sambung..serious okey..


jarang aku berminat nak tunggu youtube loading-loading dan tgk benda bulat tu pusing pusing mcm roda impian..tapi demi anwarhadi a.k.a abang a.k.a man junior a.k.a him..hehehehe...tengoklah betapa besaarrnye impact yang telah di berikan...mula-mula ingatkan video ni untuk cukupkan ruang, tapi rupanya berbaloi-baloi...mula-mula view video by random but then view lagi ikut nombor..best sangat-sangat video itu


mengapa aku suka anwarhadi....


mula-mula tak berapa nak suke sebab name pun da macam ahlipolitik yg aku tak suka..tapi lepas dye bersuara dan mempertengahkan isu yang aku tak rasa aku pun mampu nak ketengahkan, it was fun..yang penting bahasa penggunaan sangat hebat..aku bukan la nak kata aku sanjung bahasa inggeris, tapi tak ramai antara kita orang melayu malaysia mampu nak speaking berhabuk..mula-mula tu terkelip-kelip jugak dan garu kepala seolah-oleh ada kutu hingap..lepas tu, aku mula belajar dan google few words yang aku tak faham..pastu cakap kat diri sendiri..ooo ini maksudnya...ooo mcm ni nk pronoun kan nya..okey aku faham..haaa tengok tu, at least improve kan english aku yang agak2 ke laut china selatan tu...yang aku kagum pasal hadi adelah, kalau dia berbahasa melayu pun takde cacat celanya..satu anugerah untuk anwathadi sebab beliau di lahirkan di negeri kedah di mana yang kita sedia maklum bahawa kedah menggunakan bahasa baku dalam perbualan mereka seharian..jadi kat situ ada satu strength la untuk anwar hadi..


dalam pada masa yang sama, bagi aku, anwarhadi jugak mengangkat isu-isu semasa yang kita sebenarnya terlepas pandang..contoh la kan..isu pasal negaraku..ada yang miming jer bile nyanyi lagi negaraku tanpa rasa bersalah..malu kan...perkara mcm ni lah yang terlepas pandang dan megakibatkan satu tragedi serta tauladan yang tak bagus untuk generasi akan datang....percayalah..isu yang aku jugak tertarik adalah mengenai isu bahasa singkatan..eyuwwww...banyak logiknya dalam video dan kupasan isu ini sangat menarik perhatian....ini jugak simple thing yang kadang kala kite akan labelkan sebagai benda kecik walhal impak pada kejadian kecik itu akan merubah kepada sesuatu yang baru dan teruk..tak ramai orang dan anak muda terutamanya nak bangkit memperjuangkan dan membanggakan isu bahasa malaysia..seperi yang kita sedia maklum , zaman sekarang popular dengan budaya berbahasa melayu tapi berselang seli bahasa inggeris...kalau sesiapa yang tak berselang bahasa inggeris akan di cop as kolot dan asal dari kampung..


cakapp pasal kampung, haaa tak boleh bla sebab ape dulu atuk moyang kita terus lahir dan duduk bandar yang dah ada kemudahan serta infrastruktur yg membangun ke? tidaklah kawan..semua nenek moyang kita asal dari kampung dan itu penempatan terawal mereka instead of gua..haa tengok tu..ada je slang inggeris..maaf ya..ampun sangat..mula-mula memang la kampung, tapi lepas kanan kiri depan belakang hutan di terokai, tu yang di bina bangunan serta kemudahan dan serterusnya membangun menjadi bandar..contoh terdekat adelah kampung baru..ape sudah jadi? ada otak kan, fikirlah sendiri..
bila cara makan salah skit, terus akan cakap kat orang tu, eh kau ni kampung la..bila orang tu makan guna tangan kat restoran, terus cakap kampungnya..heyyy ingat kampung tu teruk sangat ke? kampung sekarang pon dah ade wifi lah..maju kan..


eh isu anwarhadi belum habis sangat..hai hadi..saya ika..like you..


hadi di cadang masuk raja lawak..


oh tidakk..ade beberapa komen yang tak boleh blahh..ade orang komen, "eh der ko masuk raja lawak la..mesti best"...oh tidak..kalau hadi masuk raja lawak yang untuk menghiburkan orang, siape pulak yang akan sanggup berdiru teguh untuk mendidik minda masyarakat malaysia ni? sape yang akan asuh minda masyarakat malaysia yang sentiasa mahu berada di zon selamat dan bebas? oh aku tak setuju la dengan cadangan tu..biarlah hadi jalani kehidupan macam biasa dan meneruskan usaha beliau untuk menarik perhatian masyarakat supaya lebih menitik beratkan isu yang berlaku di sekeliling atau dalam erti kata lain, lebih mengambil berat keadaan sekeliling. kalau la anwarhadi bertukar fikiran dan nak masuk raja lawak untuk musim yang akan datang, perghh.habislah zizan dan johan..takleh cari makan lagi..aku yakin rating RL pn akan naik melantun-lantun dan di tambah pulak dengan undian sms dari penonton mencurah-curah macam air hujan..fuhh..zaman kegemilangan la masa tu..tapi ada jugak hati yang terluka sebab anwarhadi yang di canang untuk menjadi ikon belia untuk memartabatkan jiwa bangsa malaysia sudah join dunia hiburan..harap-harap takda lah macam itu.


anwarhadi akan jadi teacher..teacher hadi..sedappnye....rasa macam nak daftar kat sekolah yang hadi bakal ajar je dan duduk paling depan sekali..bestnyer...


akhir sekali, inilah antara orang yang mempraktikan penggunaan laman sesawang untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada rakyat jelata tanpa menyentuh isu sensitiviti kaum dan bangsa..kita hanya boleh mengutarakan saranan dan cadangan, manakala keputusan untuk melakukkan perubahan itu sendiri ada ditangan individu terbabit..harapan ku, agar niat suci murni ini di teruskan tatkala masih ada lagi segelintir manusia yang memandang enteng peraka  berbangkit seperti ini.berjuanglah untuk menjadi rakyat yang perihatin dan bersama-sama la kita menghargai satu-satunya negara yang kita warisi dari perjuangan lalu agar  ianya mampu berdiri teguh seiring dengan negara kebanggaan warganegara lain.wassalam..

Monday, February 14, 2011

KU PENDAM SAJE

Assalammualaikum..

Salam sejahtera...Salam MAulidur Rasul..

Hari ini aku bertekad untuk menstabilkan emosi di pagi hari ini..sabar jelah....akan ku mengucap pagi-pagi ini..biarlah ape nak jadi pun..bekerja dengan swasta..so faham2 jelah..di sodoknyer cuti public holiday..cuti untuk hari raya entah berape hari je..mcm taikkk..uwekkk..

sekarang aku dapati ada ruang kosong dalam jiwa aku...tapi aku tak lah terdesak sangat..kadang-kadang terfikir jugak..siape la yang akan isi ruang kosong di hati ini kan...aku tak terlalu terdesak sampai perlu mempromosi diri pada orang di laman-laman sosial..bagi aku tak perlu..dulu iyelah..kinda desperate..kanan kiri tengok member berkepit  ngan pakwe...panas hati jugaklah..hidup ade persaingan..cehhh persaingan yg ituuwww tak boleh blah...tgk tu mindset...hodoh!

bercakap pasal ruang kosong, entahlah..rasa mcm aku belum bersedia untuk mengisi ruang kosong berkenaan..mungkin sekarang hidup aku masih bercelaru dan tak berani lagi nak cakap ape pasal cinta itu dan cinta ini...hebat tak? pintu hati ni tertutup untuk sekejap..sekejap ke? penat la bercinta cintun ni..sampai satu tahap tu aku dah nekad nak serahkan urusan jodoh ni pada keluarga..

malas kot nak mula bercinta balik dan mula dari awal2 mcm nak bercinta..ingat kawin senang ke? susah taw tak..tanggungjawab tu besar..aku dah melalui banyak zaman cinta dan pelbagai gelagat manusia...ape yang aku paling percaya adalah walau kamu bercinta hampir 10 tahun pun, belum tentu dalam perkahwinan itu cinta yang kamu bina akan kekal bersama..

sebabnya adalah kerana bila melayari bahtera rumahtangga, kita berdua begitu berminat untuk mempelajari perkara-perkara baru tentang pasangan masing-masing. tapi jika kalian dah bercinta almost 10 tahun, rasenye mcm dah takde perkara baru kot nak di terokai bersama sebab masing-masing mungkin dah faham karekter masing-masing...apa yang paling ku takutkan adalah perasaan bosan...heyyy jangan cakap taw...ade je few friend of mine yg afta 1 tahun kawin, suddenly berbunyi.."hish bosan ar kawin ni..ingatkan best"..mane taknyer..si kawan ni dah bercinta dengan suaminya sejak tingkatan 1 lagi...risiko kebosanan sangat besarrrrr..

banyak yg perlu di atasi waktu berkahwin ni...nk stabilkan ekonomi..nak plan rumahntangga..nak jaga hati suami. parents and parents in law...bukan calang-calang orang boley menangani isu perkahwinan dengan baik..bila ada hal, usia perkahwinan yg masih mentah menyebabkan pasangan berkenaan membuat keputusan yang terburu-buru dan tak merujuk kepada yg lebih senior..now wonder la penceraian di kalangan pasangan muda sering berlaku....conclusion, tak matang..dan mereka fikir istilah kawin ini adalah tiket yang halal untuk mereka melakukkan apa saja dan tanpa mereka sedari, ini adelah satu tiket ke perjalanan yang baru dan tak mungkin mereka sedari..

kesefahaman perlu ada..aku kurang percaya pada those yang dah bercinta almost bertahun-tahun punyai keserasian yang tinggi dan jaminan untuk hubungan tu takde masalah adalah sikit..tak ku percaya ituww....

ruang kosong yg terdapat di lubang hatiku..akan ku pendam saja...tunggu kedatangan putera kayangan yg mahu hidup di bumi ini bersama aku...si  gadis yg mendambakan cinta sejati.

Sunday, February 13, 2011

ADE YANG RINDU TAK?

assalammualaikum..

lame dah daku sunyi sepi yerrk..almaklumlah..cuti lameee...cuti kali ni banyak maknenyer bagi diri aku especially..ade jugak rase kecewa di hati sebab tak dapat bawak family pergi bercuti di tempat yg telah di janjikan..sob..sob..keadaan kewangan pulak tak izinkan yerrr..harap maklum...malu tahu tak. sebab dah mention mase bulan doblas aritu untuk bwk dorang pergi bercutiiii..malunyerrr..tapi takpelah..akan ku kumpul duit utk kalian yerrrkk...

percutian yg sepatutnya jadi satu keluarga akhirnya turn to percutian bersama adik beradik dan kawannya seorang...nampak tak? sebab mak kerja lol dan abah ponnn sameeee...so we decide tempat yg dekat dan  tak berisiko besar..Gunung Ledang...great..dah lame aku tak jejak kaki di saneee...

kami dh biase sangat kat gunung ledang dan ini bukan perjalanan  yang menakutkan atau menjauhkan sebab kampung atuk kami berdekatan situ..sagil...see..dekat kan..agak2 kalau jerit ala-ala tarzan pun, atok ku boleh dengar...hahahahahah..

yang sedih cuz kami tak singgah jenguk atok...jahat kan..bukan jahat sebenarnya tapi sebab malas la nk mengHadap muka makcik tiri kami yang mulutnya humaighhh puaka kalah lah..jadi kami pass by dan nampak atok duduk kat buaian.iskhh sedeyyy...

a day before, me and emak dah soppingg abes untuk konon konon bbq..wauu hebat wehh..tak pernah alam la aku nak buat bbq dan apetah lagi panjat gunung ledang setinggi hari e2..dalam sejarah 23 tahun aku hidup, perghhh barulah aku berani mendaki setinggi tinggi kemain ya allah..

bukan daki dengan tangan kosong, amik kau..banyak yg aku jinjing di tangan..nak putus urat sendawa bile mane terpakse angkat barang..yelah..mase abah ikut sekali, boleh lerrr mintak tolong abah bawak naik..ni, gatal  miang, nak sangat, haaa bawaklah kau...

menjadi kakak bukan senang..dek kerana nak penuhi permintaaan adik2 yang nak mandi di puncak gunung, acewahhh kami , aku dan along terpakse ikutkan jugak permintaan adik kami wehhh...ikutkan walhal pagi tadi dah janji ngan abah dan emak untuk pastikan adik2 mandi kat bawah jer...hadoyai..maaf ye abah,mak..

mase packing barang, aku tak join sebab malam tu, aku tidur lambat bersengkang mata tengok cerita the death race...aku suke citer tu...nak nak pelakon nyer...jason statham...hihihi...so ape2 pun along yang packing barang2 nak bbq..kepercayaan pada along meninggi la kirenyerrr..

biase emak yang packing barang-barang semua tuh...style emak kalau packing mesti akan packing pakai plastik...baik sos atau kicap, sume gune plastik..takdelah berat mase nak bawak tu..

di kurniakan kakak yang sangat bagus dan skema tak bertahap..nasiblah kan..masa barang-barang di keluarkan dari kereta, aku terase berat dan takpe..dalam hati terus cakap takpe..untuk adik2..tak kisah la brape berat pun...

panjat punye panjat puncak gunung ledang tu, waktu half way, terase mcm nak selak dan tengok2 barang2 yg di bawak oleh kakak kesayangan..haaaaa amik laaaa kauuu..di bawaknyer botol sos, kicap, sos bbq..sume nyer botol kaca...kau bayangkanlahhhhh...ade ke patut..padan lah aku rase mcm berat nyerrr lah bakul2 ni...baru aku tahu along dah pergi hangkuttt segala barang dapur ke dalam bakul bbq kami...no wonderrr la berat nak mampuihhh..

separuh jalan dari puncak, aku give up dan cari port terbaik..sampai2 jerrr...itu diaaa....terus bakar arang dan bakar ayam...lapar dowh...asyik melantak jerrr kami adik beradik...tak pernah lagi kot aku mandi air gunung ledang sedalam e2..alhamdulilahhh..huhuhuhu...

memandangkan awal pagi kami bertolak, jadi bile sampai tengahari,kami pun packing balik lah..di tambah pulak sekumpulan mat dan minah rempit suddenly datang dan mandi di kolam berhampiran kami..jadik sebelum kami kene kekah atau kenduri oleh mat rempit yang aku pasti jahat dan tak berperikemanusiaan, lebih baik kami angkat kaki dulu..huhuhu...kalau atas jalan pun mereka tak punya hati perasaan, nikan pulak di tempat2 awam..

nasihat aku, those yang pergi berkumpulan, please please lah jaga diri korang...nak2 yang group takde lelaki tu..hati2 YERRR..

waktu balik, dorang sume shedappp ngorokk( tido)..aku pulak yg drive..percaye atau tak, pada hari berkenaan, jalan sesak start dari pekan tangkak sampailah ke highway..ku pikir ada accident..perghhhhh..sangap wehh nak drive pkul 2 petang dan sesak pulak tuh..come on!! mcm tak percaye jer...tu tangkak wokey..bukannyer kl lar..non acceptable..

masuk je highway tangkak tu, lorong kanan pun orang pandu rasenye dalam 80/km je kot speednya..brape kali aku menguap..tengok je kat blakang sume bantai tidur..best kannn..kan..kan...tapi kadang2 geram jugak sebab duduk depan kereta yg driver nyer perempuan...gelabah semacam je....asyik2 brek jer...aishhhh geram tahu tak...

alhamdulilah..kami selamat sampai...eheheheeh...biasenyer dari tangkak, amik mase kurang setengah jam je untuk sampai umah..tapi bayangkan la..pkul 1 kami bergerak, pkul 5 baru sampai umah..balik tu, ape lagi..tidurrrrlahhhh...

okeylah..dah nak sampai waktu lunch ni..nak lunch dulu lah..bye2....

Friday, January 28, 2011

KISAH ABBY ABADI

Orangnya sangat manis dan gila-gila kepala hotak nya..aku suka cara abby kendalikan life dye..Dulu...Bila dapat tahu that she's going to be norman hakim wife, I feel so happy for them..Aku tak brape ikut sangat life dye tapi afta kes cerai berai dye dan norman hakim, aku terus follow abby..sangat seronok exploring her life with 3D..Dania..Danish..Danisha..Such a tough women even takde muscle..heyy..


di cedok dari pesbuk abby


life sebagai ibu tunggal ni bukan lah senang dan aku faham sangat walau ak belum lagi kahwin...bezanya sebab abby adalah public figure dan kisah kegagalan rumahtangga beliau di jaja di akhbar sana sini..well..tahu sebab musabab penceraian mereka..3rd person, iaitu thejenglot.sorry i dont even like thejenglot..Waktu melodi siarkan secara langsung abby pergi serang bekas lakinya di lokasi, aku rasa mcm iskhhh ape la dye ni..publisiti murahan atau ape..tapi bila aku duduk sejenak dan kemudian search sendiri flow perkahwinan mereka, yes,abby deserve to do that..matured dan very professional nyer abby sebab dye tak pulak pergi serang thejenglot..nampak tak keprofessionalan nyer..


hurhhh! kalau aku, takde maknenyer..sbelum pergi face to face dgn thejenglots, aku akan ambik sdikit masa , duduk bersimpuh kat tepi dapur sambil giling cili  padi  piau-piau punyer..kene giling..takleh ar nak blender..tak brape pedas...dah siap, ha pastu baru make-up lebey skit & pergi sumbat cili tadi ke
 pepek thejenglots..biar dye rase kan..puas hati! tapi tulah, kak abby tak buat mcm tuh..brilliant.


langsung takde idea kenapa bekas laki  boleh berpaling arah dari abby...ape kelebihan thejenglots?xpe..tak nak tahu..bazirkan space jer..


aku geram bila kes khalwat menjadi isu sekarang..patut ke mcm ni? kalau kes bekas laki itu poligami tanpa kebenaran mungkin boleh di pendekkan isu itu.tapi kalau sampai kes khalwat..masyallah...aku tak bijak dalam berbahas bab agama, tapi kalau dah di tangkap kerana khalwat...dari kecik pun tahu apa hukumnya dalam islam..walau kes dalam perbicaraan, masih ada lagi yang cuba tegakkan benang yang basah...apa yang terjadi tu antara mereka dan tuhan...


sampai bila mahu dan mesti menafikan ape yang terjadi?kalian boleh tipu media, tapi tidak tuhan..


tempat di mana mereka di cekup adalah di syarikat laki berkenaan yang menggabungkan 3 nama anak-anak mereka..wajarkah?


.yg aku musyil tahap vavi adelah bagaimana boleh berlangsungnya upacara pertunangan yg gilang gemilang di johor? ape kes yg di bicarakan di mahkamah itu adalah kes biase ke? ini melibatkan maruah orang..you di tangkap bersabit khalwat..memang lah belum tahu kebenaran itu tapi andai kata kebenaran tu betul, masih berjalankan wedding e2? masjid yang dibina atas air mata orang lain, boleh kekal ke anak pinak ke?


tegarkah kita merampas kebahagiaan seorang wanita dan kanak-kanak yg tidak mengenal erti kehidupan..??
mana pergi nilai bertimbang rasa sebagai manusia? tidak cukup kah pelajaran sivik di sekolah kalian sehingga tergamak kalian merempas kebahagiaan mereka sekeluarga??




jika sebelum ni, mereka pernah bercerai sebentar dan rujuk kembali...aku gembira di saat itu dan memanjat kesyukuran kehadrat illahi agar jodoh mereka di panjngkan...tapi mengapa tidak sekarang? aku pasti abby mungkin dah terluka dan tak mampu lagi menahan derita akibat perbuatan mereka..


walau bagaimanapun, bekas laki tetap bapa kepada anak-anak beliau..sepanjang aku menjadi pengikut setia fb beliau, aku tahu beliau sentiasa tabah dan ada sebab mengapa tuhan menjadikan norman bekas laki dan kemudian tuhan kurniakan 3 pelangi yang terindah untuk abby abadi..setiap hari abby bangkit dan bangkit untuk melawan kesepian yang melanda dirinya..dengan adanya 3 pelangi berkenaan, semakin bersinarlah kehidupan beliau walau tiada tunggak utama dalam rumahtangga..




3D seolah faham situasi mama mereka dan sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi terhadap mama mereka..Sekarang abby di katakan rapat dengan zul..bagi aku, itu tak jadi masalah dan abby berhak tentukan hidupnya SENDIRI dan berhak di hargai oleh orang yang tahu menghargai HARGA DIRI SEORANG WANITA seperti ABBY ABADI..MEDIA seolah-oleh meLABELkan mereka laki bini porak peranda akibat pendedahan hubungan rapat abby dan zul..thejenglots dan norman hakim..


mereka berhak memilih dan bergerak bebas dalam dunia ni..sungguhpun mereka begitu rapat, belum pula kita dengar dan lihat di dada akhbar mereka berpelukan, berlaga pipi atau di tangkap khalwat..jauh sama sekali..aku berharap agar hubungan zul dan abby punyai titik noktah yang sempurna serta di akhiri dengan ikatan yang halal dan bukanya hasil tangkapan pakcik JAbatan Agama Islam..




semoga hari tua abby akan di temani oleh zul atau yg LEBIH bertanggungjawab.


sekian.benciperampasygkuatpropa.

Thursday, January 27, 2011

Rahsia Warna & Tarikh Lahir daku

THIS IS MINE.
AFTA FEW SECOND SCROLL DOWN  THE RAHSIA TARIKH LAHIR, MUAHAHAAA..I LOIKEEE..

the words that i color with different have so much mean
that is sooo true

Rahsia Warna & Tarikh Lahir

JOM KENALI RAHSIA HATI MELALUI TARIKH LAHIR DAN WARNA..

RULES SENANG SAJE..
KORANG JUST SCROLL DOWN MENGIKUT TARIKH HARI LAHIR KORANG THEN, BACA DESCRIPTION..IT FOR FUN ONLY..TAK TAHULAH KETULENAN IYA..TAPI NANTI AKU SHARE AKU PUNYER OKEY...ENJOY!


23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
  • MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
  • Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
  • TEAL (Warna Kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
  • Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
  • Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
  • Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
  • Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
  • Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
  • Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
  • Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
  • Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
  • Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
  • Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
  • Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
  • Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
  • Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
  • Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu.. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
  • Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
  • Putih 
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
  • Biru Kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta…! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!


JADI WARNE APE ??