Monday, January 24, 2011

COPY-CAT MASIH WUJUD?

COPY CAT? WUJUD? TIRU KUCING?NOOO


mari..hari ini aku rerajin sangat-sangat nak update belog sampai lebam..copy cat ni perlu ke? actually tak perlu ke..kalau limit sekadar untuk mengkagumi, tak salah kawan...misalnya, kagum pada kim kardshian tetapi tak lah meniru segala macam perangai atau segala barang yang kim ade, aku pun nak ade..serious tak perlu..


aku bercakap atas dasar apa yang telah orang terdekat aku alami..bukan nak memburukkan tetapi sama-sama menilai kesan serta keperluan dye meniru segalanya...kawan A itu ada kereta dan kawan B tu pun nak ada kereta dengan cara tak tahu la kan...kawan B beli kereta sebijik sama dengan kawan A itu...jenama..warna dan jenis..okey mungkin kita boleh positif kan dan cakap, heyy coinsidence lah..


seterusnya, kawan A mempunyai account blog dan post apa saje yang dia suka..eh! kawan B pun tak ketinggalan lah..nak jugak..tak mahu kalah..silakan..post yang tak boleh blaa bila post kawan B tu mcm sama dengan je post si A..macam si B ni dah takde idea lain nak di ikutnya..alamak aiii..kesian betull..ape? positif lagi? baiklah..


kemudian , kawan A bepacaran bersama jejaka kelahiran perak dan oh ini memang sengaja sebab kawan B pun sama mencari jejaka dari kelahiran sama dengan kawan A..


itu yang paling ketara lah..kalau nak cerita pasal baju serta aksesori yang di miliki A, tentu jugak di miliki oleh B..eyyy..tak sangka betul kan..


sekarang maaflah..aku masih tak faham tujuan kawan B mengKOPI cat kawan A sedangkan kawan A ni bukan la cantik, kurus atau popular..kawan A hanyalah dirinya serendah pohon jambu dan perlukan privasi sendiri..


perlukan di simpan lagik kawan sebegini..untuk kebaikkan , hati si A terus menerus kawan dengan B dan biarkan lah apa saja yang berlaku..bagi aku, takde gunanya nak kopi kat si A sebab yang memang takde sebab..


*dahlah sampai sini je..jam dah menunjukkan pukul 5.58 pm..jadi nak balik dan tenang sikit sebab dah update blog yang kurang pembaca*

2 comments: