Sunday, February 20, 2011

TERJERAT CINTA FACEBOOK

Assalammualaikum

Hari ini aku sedih dan rasa tertipu sebab almost terjerat dengan cinta palsu

Wednesday, February 16, 2011

IniAnwarHadi---> speechless

assalammualaikummm..




heyy you..untuk menyahut seruan dan "hasutan" dari video IniAnwarHadi, saya akan menggunakan bahasa baku untuk post kali ini..dan kali yang seterusnya..(kalau saya rajin)...


kalau reka post , telah di ingatkan bahawasanya spelling tu tak payah la over the top sangat..petik dari anwar hadi blog..


iya saya personally dah terpengaruh dengan video ini dan ianya beri kesan "seronok, dua ronok, tiga ronok dan beronok-ronok..


pertemuan kami bermula....


aku melayari youtube or singkatan as what hadi mention Y.T..hihihi...one videoman..heyy ape maksud videoman? maksud videoman adelah lelaki yang publish video sendiri ke youtube...walaweii..terms apekah yang aku telah gunakan ini? kalau perempuan, it would be, videogirl..okey dah.


aku tak berape rajin nak jengah artis-artis kelahiran youtube record tu tapi di sebabkan oleh instinct yang kuat mengatakan theres something with this boy...ku teruskan jua..di tab yang baru, ku bukak la teacher shida punyer video..haaa yang teacher shida tu , aku minat..


sambung anwar hadi punye cerita,...
tak di nafikan dye mempunyai bibir yang menawan dan buat aku terus perhatikan kumat kamit bibirnya yg merah macam baru lepas tonyoh sireh..tonyoh atau sental eh? ituw tak pasti..tapi biase aku tgk tv, wan maimunah tu, dye tonyoh dan sental2 sireh tu kat gigi dye..bole ke terms tu? abaikan


sambung..serious okey..


jarang aku berminat nak tunggu youtube loading-loading dan tgk benda bulat tu pusing pusing mcm roda impian..tapi demi anwarhadi a.k.a abang a.k.a man junior a.k.a him..hehehehe...tengoklah betapa besaarrnye impact yang telah di berikan...mula-mula ingatkan video ni untuk cukupkan ruang, tapi rupanya berbaloi-baloi...mula-mula view video by random but then view lagi ikut nombor..best sangat-sangat video itu


mengapa aku suka anwarhadi....


mula-mula tak berapa nak suke sebab name pun da macam ahlipolitik yg aku tak suka..tapi lepas dye bersuara dan mempertengahkan isu yang aku tak rasa aku pun mampu nak ketengahkan, it was fun..yang penting bahasa penggunaan sangat hebat..aku bukan la nak kata aku sanjung bahasa inggeris, tapi tak ramai antara kita orang melayu malaysia mampu nak speaking berhabuk..mula-mula tu terkelip-kelip jugak dan garu kepala seolah-oleh ada kutu hingap..lepas tu, aku mula belajar dan google few words yang aku tak faham..pastu cakap kat diri sendiri..ooo ini maksudnya...ooo mcm ni nk pronoun kan nya..okey aku faham..haaa tengok tu, at least improve kan english aku yang agak2 ke laut china selatan tu...yang aku kagum pasal hadi adelah, kalau dia berbahasa melayu pun takde cacat celanya..satu anugerah untuk anwathadi sebab beliau di lahirkan di negeri kedah di mana yang kita sedia maklum bahawa kedah menggunakan bahasa baku dalam perbualan mereka seharian..jadi kat situ ada satu strength la untuk anwar hadi..


dalam pada masa yang sama, bagi aku, anwarhadi jugak mengangkat isu-isu semasa yang kita sebenarnya terlepas pandang..contoh la kan..isu pasal negaraku..ada yang miming jer bile nyanyi lagi negaraku tanpa rasa bersalah..malu kan...perkara mcm ni lah yang terlepas pandang dan megakibatkan satu tragedi serta tauladan yang tak bagus untuk generasi akan datang....percayalah..isu yang aku jugak tertarik adalah mengenai isu bahasa singkatan..eyuwwww...banyak logiknya dalam video dan kupasan isu ini sangat menarik perhatian....ini jugak simple thing yang kadang kala kite akan labelkan sebagai benda kecik walhal impak pada kejadian kecik itu akan merubah kepada sesuatu yang baru dan teruk..tak ramai orang dan anak muda terutamanya nak bangkit memperjuangkan dan membanggakan isu bahasa malaysia..seperi yang kita sedia maklum , zaman sekarang popular dengan budaya berbahasa melayu tapi berselang seli bahasa inggeris...kalau sesiapa yang tak berselang bahasa inggeris akan di cop as kolot dan asal dari kampung..


cakapp pasal kampung, haaa tak boleh bla sebab ape dulu atuk moyang kita terus lahir dan duduk bandar yang dah ada kemudahan serta infrastruktur yg membangun ke? tidaklah kawan..semua nenek moyang kita asal dari kampung dan itu penempatan terawal mereka instead of gua..haa tengok tu..ada je slang inggeris..maaf ya..ampun sangat..mula-mula memang la kampung, tapi lepas kanan kiri depan belakang hutan di terokai, tu yang di bina bangunan serta kemudahan dan serterusnya membangun menjadi bandar..contoh terdekat adelah kampung baru..ape sudah jadi? ada otak kan, fikirlah sendiri..
bila cara makan salah skit, terus akan cakap kat orang tu, eh kau ni kampung la..bila orang tu makan guna tangan kat restoran, terus cakap kampungnya..heyyy ingat kampung tu teruk sangat ke? kampung sekarang pon dah ade wifi lah..maju kan..


eh isu anwarhadi belum habis sangat..hai hadi..saya ika..like you..


hadi di cadang masuk raja lawak..


oh tidakk..ade beberapa komen yang tak boleh blahh..ade orang komen, "eh der ko masuk raja lawak la..mesti best"...oh tidak..kalau hadi masuk raja lawak yang untuk menghiburkan orang, siape pulak yang akan sanggup berdiru teguh untuk mendidik minda masyarakat malaysia ni? sape yang akan asuh minda masyarakat malaysia yang sentiasa mahu berada di zon selamat dan bebas? oh aku tak setuju la dengan cadangan tu..biarlah hadi jalani kehidupan macam biasa dan meneruskan usaha beliau untuk menarik perhatian masyarakat supaya lebih menitik beratkan isu yang berlaku di sekeliling atau dalam erti kata lain, lebih mengambil berat keadaan sekeliling. kalau la anwarhadi bertukar fikiran dan nak masuk raja lawak untuk musim yang akan datang, perghh.habislah zizan dan johan..takleh cari makan lagi..aku yakin rating RL pn akan naik melantun-lantun dan di tambah pulak dengan undian sms dari penonton mencurah-curah macam air hujan..fuhh..zaman kegemilangan la masa tu..tapi ada jugak hati yang terluka sebab anwarhadi yang di canang untuk menjadi ikon belia untuk memartabatkan jiwa bangsa malaysia sudah join dunia hiburan..harap-harap takda lah macam itu.


anwarhadi akan jadi teacher..teacher hadi..sedappnye....rasa macam nak daftar kat sekolah yang hadi bakal ajar je dan duduk paling depan sekali..bestnyer...


akhir sekali, inilah antara orang yang mempraktikan penggunaan laman sesawang untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada rakyat jelata tanpa menyentuh isu sensitiviti kaum dan bangsa..kita hanya boleh mengutarakan saranan dan cadangan, manakala keputusan untuk melakukkan perubahan itu sendiri ada ditangan individu terbabit..harapan ku, agar niat suci murni ini di teruskan tatkala masih ada lagi segelintir manusia yang memandang enteng peraka  berbangkit seperti ini.berjuanglah untuk menjadi rakyat yang perihatin dan bersama-sama la kita menghargai satu-satunya negara yang kita warisi dari perjuangan lalu agar  ianya mampu berdiri teguh seiring dengan negara kebanggaan warganegara lain.wassalam..

Monday, February 14, 2011

KU PENDAM SAJE

Assalammualaikum..

Salam sejahtera...Salam MAulidur Rasul..

Hari ini aku bertekad untuk menstabilkan emosi di pagi hari ini..sabar jelah....akan ku mengucap pagi-pagi ini..biarlah ape nak jadi pun..bekerja dengan swasta..so faham2 jelah..di sodoknyer cuti public holiday..cuti untuk hari raya entah berape hari je..mcm taikkk..uwekkk..

sekarang aku dapati ada ruang kosong dalam jiwa aku...tapi aku tak lah terdesak sangat..kadang-kadang terfikir jugak..siape la yang akan isi ruang kosong di hati ini kan...aku tak terlalu terdesak sampai perlu mempromosi diri pada orang di laman-laman sosial..bagi aku tak perlu..dulu iyelah..kinda desperate..kanan kiri tengok member berkepit  ngan pakwe...panas hati jugaklah..hidup ade persaingan..cehhh persaingan yg ituuwww tak boleh blah...tgk tu mindset...hodoh!

bercakap pasal ruang kosong, entahlah..rasa mcm aku belum bersedia untuk mengisi ruang kosong berkenaan..mungkin sekarang hidup aku masih bercelaru dan tak berani lagi nak cakap ape pasal cinta itu dan cinta ini...hebat tak? pintu hati ni tertutup untuk sekejap..sekejap ke? penat la bercinta cintun ni..sampai satu tahap tu aku dah nekad nak serahkan urusan jodoh ni pada keluarga..

malas kot nak mula bercinta balik dan mula dari awal2 mcm nak bercinta..ingat kawin senang ke? susah taw tak..tanggungjawab tu besar..aku dah melalui banyak zaman cinta dan pelbagai gelagat manusia...ape yang aku paling percaya adalah walau kamu bercinta hampir 10 tahun pun, belum tentu dalam perkahwinan itu cinta yang kamu bina akan kekal bersama..

sebabnya adalah kerana bila melayari bahtera rumahtangga, kita berdua begitu berminat untuk mempelajari perkara-perkara baru tentang pasangan masing-masing. tapi jika kalian dah bercinta almost 10 tahun, rasenye mcm dah takde perkara baru kot nak di terokai bersama sebab masing-masing mungkin dah faham karekter masing-masing...apa yang paling ku takutkan adalah perasaan bosan...heyyy jangan cakap taw...ade je few friend of mine yg afta 1 tahun kawin, suddenly berbunyi.."hish bosan ar kawin ni..ingatkan best"..mane taknyer..si kawan ni dah bercinta dengan suaminya sejak tingkatan 1 lagi...risiko kebosanan sangat besarrrrr..

banyak yg perlu di atasi waktu berkahwin ni...nk stabilkan ekonomi..nak plan rumahntangga..nak jaga hati suami. parents and parents in law...bukan calang-calang orang boley menangani isu perkahwinan dengan baik..bila ada hal, usia perkahwinan yg masih mentah menyebabkan pasangan berkenaan membuat keputusan yang terburu-buru dan tak merujuk kepada yg lebih senior..now wonder la penceraian di kalangan pasangan muda sering berlaku....conclusion, tak matang..dan mereka fikir istilah kawin ini adalah tiket yang halal untuk mereka melakukkan apa saja dan tanpa mereka sedari, ini adelah satu tiket ke perjalanan yang baru dan tak mungkin mereka sedari..

kesefahaman perlu ada..aku kurang percaya pada those yang dah bercinta almost bertahun-tahun punyai keserasian yang tinggi dan jaminan untuk hubungan tu takde masalah adalah sikit..tak ku percaya ituww....

ruang kosong yg terdapat di lubang hatiku..akan ku pendam saja...tunggu kedatangan putera kayangan yg mahu hidup di bumi ini bersama aku...si  gadis yg mendambakan cinta sejati.

Sunday, February 13, 2011

ADE YANG RINDU TAK?

assalammualaikum..

lame dah daku sunyi sepi yerrk..almaklumlah..cuti lameee...cuti kali ni banyak maknenyer bagi diri aku especially..ade jugak rase kecewa di hati sebab tak dapat bawak family pergi bercuti di tempat yg telah di janjikan..sob..sob..keadaan kewangan pulak tak izinkan yerrr..harap maklum...malu tahu tak. sebab dah mention mase bulan doblas aritu untuk bwk dorang pergi bercutiiii..malunyerrr..tapi takpelah..akan ku kumpul duit utk kalian yerrrkk...

percutian yg sepatutnya jadi satu keluarga akhirnya turn to percutian bersama adik beradik dan kawannya seorang...nampak tak? sebab mak kerja lol dan abah ponnn sameeee...so we decide tempat yg dekat dan  tak berisiko besar..Gunung Ledang...great..dah lame aku tak jejak kaki di saneee...

kami dh biase sangat kat gunung ledang dan ini bukan perjalanan  yang menakutkan atau menjauhkan sebab kampung atuk kami berdekatan situ..sagil...see..dekat kan..agak2 kalau jerit ala-ala tarzan pun, atok ku boleh dengar...hahahahahah..

yang sedih cuz kami tak singgah jenguk atok...jahat kan..bukan jahat sebenarnya tapi sebab malas la nk mengHadap muka makcik tiri kami yang mulutnya humaighhh puaka kalah lah..jadi kami pass by dan nampak atok duduk kat buaian.iskhh sedeyyy...

a day before, me and emak dah soppingg abes untuk konon konon bbq..wauu hebat wehh..tak pernah alam la aku nak buat bbq dan apetah lagi panjat gunung ledang setinggi hari e2..dalam sejarah 23 tahun aku hidup, perghhh barulah aku berani mendaki setinggi tinggi kemain ya allah..

bukan daki dengan tangan kosong, amik kau..banyak yg aku jinjing di tangan..nak putus urat sendawa bile mane terpakse angkat barang..yelah..mase abah ikut sekali, boleh lerrr mintak tolong abah bawak naik..ni, gatal  miang, nak sangat, haaa bawaklah kau...

menjadi kakak bukan senang..dek kerana nak penuhi permintaaan adik2 yang nak mandi di puncak gunung, acewahhh kami , aku dan along terpakse ikutkan jugak permintaan adik kami wehhh...ikutkan walhal pagi tadi dah janji ngan abah dan emak untuk pastikan adik2 mandi kat bawah jer...hadoyai..maaf ye abah,mak..

mase packing barang, aku tak join sebab malam tu, aku tidur lambat bersengkang mata tengok cerita the death race...aku suke citer tu...nak nak pelakon nyer...jason statham...hihihi...so ape2 pun along yang packing barang2 nak bbq..kepercayaan pada along meninggi la kirenyerrr..

biase emak yang packing barang-barang semua tuh...style emak kalau packing mesti akan packing pakai plastik...baik sos atau kicap, sume gune plastik..takdelah berat mase nak bawak tu..

di kurniakan kakak yang sangat bagus dan skema tak bertahap..nasiblah kan..masa barang-barang di keluarkan dari kereta, aku terase berat dan takpe..dalam hati terus cakap takpe..untuk adik2..tak kisah la brape berat pun...

panjat punye panjat puncak gunung ledang tu, waktu half way, terase mcm nak selak dan tengok2 barang2 yg di bawak oleh kakak kesayangan..haaaaa amik laaaa kauuu..di bawaknyer botol sos, kicap, sos bbq..sume nyer botol kaca...kau bayangkanlahhhhh...ade ke patut..padan lah aku rase mcm berat nyerrr lah bakul2 ni...baru aku tahu along dah pergi hangkuttt segala barang dapur ke dalam bakul bbq kami...no wonderrr la berat nak mampuihhh..

separuh jalan dari puncak, aku give up dan cari port terbaik..sampai2 jerrr...itu diaaa....terus bakar arang dan bakar ayam...lapar dowh...asyik melantak jerrr kami adik beradik...tak pernah lagi kot aku mandi air gunung ledang sedalam e2..alhamdulilahhh..huhuhuhu...

memandangkan awal pagi kami bertolak, jadi bile sampai tengahari,kami pun packing balik lah..di tambah pulak sekumpulan mat dan minah rempit suddenly datang dan mandi di kolam berhampiran kami..jadik sebelum kami kene kekah atau kenduri oleh mat rempit yang aku pasti jahat dan tak berperikemanusiaan, lebih baik kami angkat kaki dulu..huhuhu...kalau atas jalan pun mereka tak punya hati perasaan, nikan pulak di tempat2 awam..

nasihat aku, those yang pergi berkumpulan, please please lah jaga diri korang...nak2 yang group takde lelaki tu..hati2 YERRR..

waktu balik, dorang sume shedappp ngorokk( tido)..aku pulak yg drive..percaye atau tak, pada hari berkenaan, jalan sesak start dari pekan tangkak sampailah ke highway..ku pikir ada accident..perghhhhh..sangap wehh nak drive pkul 2 petang dan sesak pulak tuh..come on!! mcm tak percaye jer...tu tangkak wokey..bukannyer kl lar..non acceptable..

masuk je highway tangkak tu, lorong kanan pun orang pandu rasenye dalam 80/km je kot speednya..brape kali aku menguap..tengok je kat blakang sume bantai tidur..best kannn..kan..kan...tapi kadang2 geram jugak sebab duduk depan kereta yg driver nyer perempuan...gelabah semacam je....asyik2 brek jer...aishhhh geram tahu tak...

alhamdulilah..kami selamat sampai...eheheheeh...biasenyer dari tangkak, amik mase kurang setengah jam je untuk sampai umah..tapi bayangkan la..pkul 1 kami bergerak, pkul 5 baru sampai umah..balik tu, ape lagi..tidurrrrlahhhh...

okeylah..dah nak sampai waktu lunch ni..nak lunch dulu lah..bye2....