Friday, January 7, 2011

HUKUMAN UNTUK PESERTA PLKN YG TAK SERTAI PLKN

Good Morning.Berita yang hot di pasaran..

today we are going to talk about National Service or Latihan Khidmat Negara.Just now aku baru baca news pasal those yang tak sertai PLKN since ianya di wujudkan pada tahun 2003..bukan nak jadi pengulas but cuba untuk ajak awak dan awak fikir balik elok..yang mana buruk, tinggalkan..yang baik, sila ikut ya..


Kenapa Tak Nak Pergi PLKN?
Aku masih takdapat kot jawapan yang pasti pasal those yang takmo pergi plkn  ni..ape takde kelas ke pergi PLKN ni? iskh..yg kat luar sana, aku dah join PLKN tahun 2005 di Kem Lagenda Gunung Ledang,Asahan melaka..mula-mula rasa macam tak fair la pulak aku kene pergi sebab kakak aku tak kene pergi pun..Tak di nafikan la masa aku check guna sms, meraung-raung takmo pergi...lepas tu kuwar pulak berita for those yg takmo pergi ,akan di ambil tindakan dan denda 3000..so di sebabkan masa tu financial okey, so mak abah aku pun cakap willingness untuk bayar berapa je pun untuk make sure aku takpayah pergi,...see..kalau makbapak manjakan, anak lagi la naik lemak kan..

Lepas tu TV3 ade buat siaran langsung psl PLKN dan siap pergi kat kem-kem lagi..abah aku ni dulu seorang askar..komando lagi..abah aku fokus gila bila tengok siaran pasal plkn dan memandangkan abah aku ni bekas tentera , so dye pun tukar fikiran dan pujuk aku untuk pergi..abah aku dengan rasa tanggungjawab, call kawan-kawan dye dan tanya pasal kem plkn ni..untungnya dapat abah askar sebab dye boleh tahu apa saje yg kau nak..alhamdulilah..bila abah aku dah confirm , everything okey dan mak aku pulak ubah fikiran, pujuk aku untuk pergi..tengok, mak bapak mainkan peranan penting usaha untuk galakkan anak pergi..jadi dengan hati yg bercampur baur aku pergi ke kem..

It was so fun..best gila taw tak...seriously aku ni jenis yang tak reti duduk berjauhan dengan family dan kat sini la aku belajar erti persahabatan dan erti berdikari..nak tahu kenapa? haa banyak aktiviti kat kem tu yang boleh di manfaatkan bersama..kalau anda jenis yang kera sumbang, takpe..sebab bila sampai sana, kera pun masuk hutan dan takmo kawan ngan kau lagi..sifat negatif tu akan hilang..pada yang ada masalah tinggi melangit, kat sini la tempat untuk lepaskan masalah korang.

Aktiviti kat sana sangat-sangat seronok..pasal kawad tu, standard lah..aku pun tak suka sampai abes plkn pon..so tak jadi masalah besar..cakap pasal aktiviti kat sana, byk benda yg aku tak duga aku akan buat, aku buat..mcm tidur dalam hutan..bangun pukul 4.30 pagi..kawad pkul 2 petang yg masa tu matahari terik kat atas kepala..

guys! tu bukan masalah besar..kat PLKN ni, kita akan di pupuk semangat setiakawan dan cinta pada negara..tahukah anda, anda akan di letakkan di benteng pertahanan negara seandainya negara kita di serang musuh..sumpah! aku sanggup duduk barisan depan untuk pertahankan negara kita..di PLKN ni lah kita di ajar untuk pertahankan diri...cara hidup dalam hutan dan perkasakan kebolehan kita..

mesti ada yang merungut pasal bangun pagi 4.30 kan..relax la..mula-mula tu,rasa berat nak bangkit..tapi lama-lama okey apa..lagi seronok bila dah tengah-tengah bulan, then semua org dah biasa bangun pagi..pastu kene berbaris pagi-pagi buta untuk pergi surau..time tu boleh tengok muka-muka yang pemalas bangun tidur..ada gak yang takboleh blah bila berbaris sambil tutup mata..haa tu yg betul2 pemalas woo..dan aku pelik,boleh pulak dye berjalan dengan tutup mata sampai ke surau..hamboi-hamboi...

masa dalam dorm pulak
tilam pun okey je..tapi takde lah se EMPUK tilam vono..jangalah kau nak expect perkara-perkara bodoh..tidur jelah..yg best nya sebab semua orang di bekalkan dengan kelambu shrek..hahha..kelambu tu warne hijau dan confirm sangat takkan ade nyamuk akan buat love bite pada lengan kau..cuba cakap ape yang tak selesa? ala pakai kipas je kot..okey ape..kalau dulu, tidur dalam khemah yang beralaskan tanah je..haa tapi sekarang,ade dorm tahu tak..ade tingkap dan ade toilet..takde la jakuzi..apeee ko ingat ni club med ke..


kalau isu untuk pergi ke plkn ni, semua orang mainkan peranan besar..media masa..media cetak..mulut kawan-kawan yg pernah pergi..haaa kalau yang rasa diri terpinggir dn rasa tak best, tu adalah sebab dye tak reti bawak diri..kalau dye reti bawak diri dye, takkan ade dye bawak mulut yg tak elok pasal PLKN..

its fun babe! weekend nanti,mak bapak kau akan datang dan boleh datang melawat..haaa time tu pelok cium la smua family pun..bkn nye 3 bulan kau kat sana dan takboleh call or jumpa orang..boleh bwak enpon lagi.tapi takleh ar duk berkepit je ngan handphone...come on la nak pergi PLKN okey..

*parents aku selalu lah dan takpernah miss jumpa aku tiap2 minggu dan berbekalkan selalu sangat2 nasi berani kambing,ayam masak merah dan jeruk nenas* indah nya hidup

setiap hari sabtu je , ade aktiviti khidmat komuniti..means melawat ke rumah kebajikan, sekolah pendidikan khas dan penjara or pusat serenti..yelah kalau tak join plkn, mcm mane nak pergi tempat2 mcm tu untuk melawat..ape kau ingat kalau berdiri saja depan pakgard dan cakap nak masuk tengok-tengok, dye akan bagi ke? tak dpat nye..melainkan kau yang check in sane..eheeh

so far aku berpeluang pergi ke pusat serenti tiang dua, melaka dan sekolah pendidikan khas jasin...seronok pergi sana..mcm pergi pusat serenti tu, haa 
kat situ, kita dapat tengok life mereka kat sana..live lagi tu..at least kita dpaat amik pengajaran dari apa yang berlaku..pengajaran itu akan membuat kami lebih berharti-hati..dan pergi pulak ke skolah pendidkan khas..alhamdulilah, kitaorg dapat beramah mesra dengan dorang..kat situ timbul rasa perhatin dan kasih sayang pada mereka..dlu ya lah rasa taku nak berdepan dengan mereka sebab label mereka sebgai abnormal yang ganas..but then bila dah bersama mereka, takda yang mustahil ..mereka lebih mesra dan amat suka di manja..aku rasa sangat mulia kerja seorang guru yg sabar melayan keletah budak-budak istimewa ni. ada beberapa yang aku dekati dan bila aku tanya dah besar nak jadi apa..dengan semangat mereka jawab 
 " da becar nk jadi cikgu kawan"..maksudnya nak jadi cikgu pendidikan khas lah sebab dye nak jaga orang-orang macam kawan-kawan dia..see..inisiatif besar dalam diri mereka..

ada jugak prgoram lawatan ke umah orang asli di kampung kat jasin.aku tak ingat kampung ape lol....ni bukan orang asli yang duduk kat hutan pakai cawat ya..ni orang asli bandar..means..yang duduk umah batu cuma nenek moyang je orang asli dan takda agama..jadi kami berpeluang lah tengok life mereka dan di ajar anyaman dan masakan orang asli..terkejut juga walaupun mereka takda agama, mereka mempunyai sebuah surau papan yang masih lagi cantik dan ada azan lagi..

banyak pengalaman yang tak terkata dapat kita praktikan..jangalah mimpi kita sendiri akan pergi sana sendiri..nak nampak keburukkan pergi PLKN tu entahlah 0.01% je kot..

buat si mata duitan dan buruk siku, eh takde lah..buat anda semua, ada elaun lagi kerajaan bagi untuk sapa yang sertai PLKN..haa ape lagi yg ko nak? tempat makan pun ade..hari-hari ayam..jadi montel lah aku ..dan gelap..tu sudah pasti..

sekrang dah 6 tahun berlalu..
kenangan masih kekal lagikkk..

sepanjang aku kat kem ni, semangat askar aku kuat dalam diri aku dan mungkin dah sedarah dengan abah, takde masalah lah..
nyamuk,sengat dan aktiviti..tip top..

cuma masa kawad je ada injured skit sbb masa tu mood nak balik dah melonjak mcam bursa saham..
=D



aku rasa nak main soal jawab untuk bakal peserta plkn..


Soalan : Ape aktiviti yang best?
jawapan : aku listkan okey. ...kau berpeluang berkayak..berkhemah di hutan..berak di hutan.eh betul lah....lepas tu aktiviti flying fox..khidmat komuniti dimana kau akan pergi ke tempat2 kebajikan...berpeluang merasa berjalan di hutan dengan berpandukan peta...berpeluang buat segala aktiviti yg di sediakan di plkn..macam wall climbing,monkey rat, hole, tarzan swing..mcm2 lagik..


S: Apa makanan? Berapa kali makan?
J : Makan AYAM selalu..5 kali 1 hari..xde maknenya ko akan tak cukup makan..terlebey makan ade ar..

S: Kalau TAKnak masuk hutan boleh tak?
J: boleh incase kau sakit.

S: Kalau pura-pura sakit?
J: Kau takde peluang nak pura-pura sakit sebab paramedik kat situ blh tahu.

S: Garang tak pengajar?
J: Garang kalau kau buat hal..tapi akan rasa dorang mcm mak abah kau je kalau kau jaga tingkah laku.

S: Boleh free hair tak?
J : ini aku tak pasti..tengok kem jugak kot..

S:Ade possibility tak nak kena terajang atau sebat?
J: takda..sekalipun kau yg di apa-apakan, dont worry dude, sebab law is always with you.

S: Memang wajib ke bangun pukul 4.30?
J: tak wajib kalau abah kau PM..apelah..kalau tak, pkul brape kau nak kawad?

S: Kawad petang-petang buta? Nak pakai payung boleh?
J: kawad memang petang..mana ade org kawad waktu malam..payung? takut nanti kau dan payung kau melambung pulak..

S: Kena Bayar apa-apa ke masa hari pendaftaran?
J: Tak payah.bawak badan..hujung bulan, dapat elaun lagi..




Hukuman yg bakal di kenakan tak mungkin dapat menginsafkan mereka..malah mereka mungkin akan cakap..ala kene khidmat komuniti je..mcm2 ala yg akan kita dengar..harap2 hukuman lebih tegas di cadangkan..


apa-apa pun terpulanglah pada kita untuk menilai semula setiap perbuatan kita.tak kiralah mcm mana pun..program macam ni tak semua negara sediakan dn keistimewaan yg macam kita dapat..janglah hidup ni pentingkan diri saja dan percayalah, dek kerana sikap sambil lewa ni lah yang akan merisikokan diri dan negara kita..adakah kita sebagai anak malaysia hanya mahu memeluk tubuh tatkala negara di jajah semula? inginkah kita melihat terlerai nya sia-sia usaha nenek moyang serta pahlawan kita mempertahankan negara sejak dahulu..


bagi aku secara jujurnya, yang tak sertai plkn adalah orang yang pengecut dan takde sebab musabab kenapa takboleh sertai plkn.memang kita tak boleh paksa orang setuju dengan pendapat aku, jadi Im stick with my own.


* abah jadi impress dengan aku dan bila aku tanya abah aku kenapa dye pujuk aku untuk plkn, dye cakap, abah tahu kau je sorang anak abah yang tahan lasak mcm abah..kan abah komando..* bangga*

6 comments:

  1. huwargghhhh~
    windu giler PLKN..sumpahh,kak ika! ^_^

    ReplyDelete
  2. hihihii..taw xpe...rindu erk

    ReplyDelete
  3. aatif96.blogspot.com/2012/07/plkn-info-that-evryone-should-know.html<---PLKN INFO THAT EVRYONE SHOULD KNOW!

    ReplyDelete
  4. kalau datang bulan macam mana?mesti susah kan?nak mandi nak bersihkan semua tu.nak mandi wajib lagi. :/

    ReplyDelete
  5. Aku dpt excuse taun 2008. Skrg 2013 kne pnggil blik. Xkn aku nk benti keje semate2 nk pegi event bodoh kroni2 bn ni? Kereta aku 800, rumah 150 ( sbb duduk dgn kwan), moto 350. Spe nk byar? Najib?

    ReplyDelete
  6. Cam bez je p plkn.. Btol2 bez ke ??? Lau btol la mmg bez ar

    ReplyDelete