Tuesday, January 25, 2011

PENUNGGANG MOTOSIKAL..

aSSalammualaikum..


Selamat Pagi....Ceriaaaa...Rasa segar pagi ni sebab semalam berjaya tidur dengan bau-bauan candle aroma therapy..Nyaman nya.sampai kan boleh mimpi daku bercinta dengan CLARK kent (smallville) hahaha..mimpi je pun jadiklah...


harap maklum, candle tu hasil usaha daku semalam meng'PAU" mak masa pergi beli barang dapurr di tesco..alhamdulilah...


Pagi ni daku rasa segar yang tak bertahap dan fuhhh...hujan la kawan..petanda nya jalan akan sesak..sudah pasti dan makin bersemangat la kita nk pergi keje walau gerak dari umah pukul 8.05 pagi...sedangkan nak punch card pkul 8.30..redha jelah..alhamdulilah..on time babe..


Hari ini aku terase nak drive..dan sepanjang daku drive, mcm nak menitik je air mata bila nengok penunggang motosikal yang sedaya upaya mengelak lopak air supaya tak basah..tapi ada jugak pemandu kereta,lori dan bas yang kurang ajar dan sanggup  langgar je lopak air walau mereka tahu bahawa ada penunggang motosikal berdekatan...kejam kan..macam tak de sifat bertimbang rasa...cuba lah jangan selfish sangat..kot ye pun dah lambat, janganlah sampai kena pijak orang lain...some of them yang cant afford to buy a car, dan mereka ada motor je, jadi xpyh ar nak berlagak macam kau saja ada kereta..cuba lah sesekali letakkan diri kat tempat penunggang terbabit, apa yg anda rasa? walahal kita sama-sama bangun pagi untuk cari rezeki...tak boleh terima perangai orang mcm ituwww..


*kalau kau jumpe brader ni, tak kisah lerrrr..sebab dye pakai fullset..kene simbah air indawater pun tak berbau..baju kalis macam-macam..kalau nak selamat, haa malam ni pergi jahit baju macam ni..confirm selamaaaatt*

ada satu pak cik ni yang aku follow je dan dye slow sangat..yelah orang tua kan..aku tgk tangan pakcik tu terketar-ketar je masa bawak moto...kesian sangat..pakcik tu ada pakai baju hujan, tp tahu jelah...angin hujan ni bukan boleh buat main-main..silap-silap boleh asma...terkelip-kelip mata dia nak bawak moto..tak tahulah arah tuju pak cik ni..apa-apa pun, aku harap sangat-sangat pakcik tu sampai ke destinasi nya dengan selamat dan sihat walafiat...insyaalllah..


*pokcik ni pun akan basah lencun kalau kono air...kepalo berapi tu , sajo yo...konon yo ghost rider, tapi jap lagi, sampai oips, terus migrain 5 hari..dahlah kepalo berapi, botak lak tuh...sian pokcik ni ha..*


harapan daku, untuk pemandu segala jenis kenderaan, sila la amalkan sikap bertimbang rasa pada penunggang motosikal..mereka punya hati dan perasaan..bayangkan kalau bapa anda yg naik moto utk pergi cari rezeki , masa dalam perjalanan, habis lencun bapa anda di simbahi air yang dye sendiri tak jangka..bayangkan apabila air yang sejuk itu memerangkap kulit tua bapa anda..bapa anda kesejukkan .tapi demi untuk mencaris sesuap nasi, beliau teruskan jua perjalanan walau urat saraf nya bergetar-getar...sampai di tempat kerja, baju beliau basah dan terpaksa terus bekerja dalam keadaaan basah..kulit orang tua dan antibodi mereka bukanlah bergetah mcm kita orang muda..jadi fikirkan lah..


jangan buat jahat pada orang, nanti akan dapat balik..


kalau anda rasa tak perlu ada sikap timbang rasa, sila kemas beg pakaian anda sekarang jugak, dan mari daku hantar kau ke planet pluto dan sewaktu denganya...sebab anda tak layak berada di bumi yang nyata ini.sekian.


*daku jumpe kartun ni kat google...mah layan..ngekeh aku golak*

No comments:

Post a Comment